Saturday, September 10, 2011

pergi selamanya

setiap yang bernafas itu pasti akan mati
dan mati itu pasti

cuma kehadiran kematian itu kita tidak tahu
bilakah ianya datang
bagaimanakah ianya datang

dan
kita perlulah bersiap sedia dari sekarang
menyediakan bekalan-bekalan yang sepatutnya
sebelum tiba di Hari Pembalasan kelak

nilai diri sendiri
di manakah anda sekarang


***

aku?
tersentak
tatkala menerima
khabar yang tak diduga
aku tahu ianya pasti
cuma
aku belum bersedia
kebenarannya sungguh pahit
dan kenangan itu akan padam
berlalu 
selamanya

mana mungkin
aku dapat menerima
keadaan yang berlaku ini

walaupun linangan air mata
berlalu jatuh
ianya tiada berundur
yang pergi
tetap pergi

apa yang mampu
hanya doa
diiringi air mata 
yang tiada kesudahan

ya Allah
perancangan-Mu sungguh hebat
aku tiada mampu melawan
aku tiada mampu menolak
aku tiada mampu berbuat apa-apa

ya Allah
perancangan-Mu sungguh hebat
pengiraan-Mu sungguh tepat
dan hadiah di sebalik segalanya ini
aku tiada kelihatan
cuma aku tahu
ia ada
aku percaya
ia ada

semoga dia pergi dengan tenang
pergi menghadap-Nya
bersama-sama cinta abadi bidadari hidupnya
semoga Kau menempatkan
mereka bersama

aku redha 
aku terima
aku percaya
kini

***

abang
adik tiada lupa
segala pesananmu
segala ilmu curahanmu
segala kata-katamu
segala kenanganmu

abang
adik redha
pemergianmu
satu hadiah
untuk adik
di sini
walaupun ianya terima
tapi
adik akan belajar

terima kasih abang
kehadiran abang
membuatkan
sedikit sebanyak
hidup adik
kembali ke jalan yang lurus
tapi
Allah Taala ada perancangan untuk adik
Dia lebih tahu

adik redha..


***

Al-Fatihah
buat Allahyarham Amer Hamcarlois Zulkarnain Iskandar
yang telah meninggal dunia
26 Ogos 2011
9.45 malam
bersamaan 26 Ramadhan 1432H

semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah Taala..

***


 

9 comments:

  1. tgh mencari keyword nama ni.jumpa kat sini.dia mmg sorg pendidik yg baik.

    ReplyDelete
  2. saya pun tercari2 nama ni,hanya kenal diblog dan fb. baru dapat tahu tentang pemergian arwah. semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah Taala.

    ReplyDelete
  3. Kenal sgt2 dgn pemilik nama ni.Da besar sgt2 dah anak dia si antasha.kembar pompuan dia pun da kawen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik, ni siapa ya. ada contact dgn family arwah abg amer ke?

      Delete
  4. Miss him so much

    ReplyDelete
  5. Miss them so much

    ReplyDelete
  6. anak dia murid kt smart reader.sgt pintar.4tahun dah bole membaca dgn lancar.petah

    ReplyDelete

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers