Saturday, September 10, 2011

eid 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera
aku ingin berkongsi cerita rayaku. part seronoknya, aku mendapat kek lapis sarawak yang aku idamkan sejak dari bulan ramadhan. terima kasih cik mi :)
aku pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama hisyam. jd co-pilot. berborak aje keje kami. tak kering air liur. borak tak henti-henti. sedar-sedar dah sampai KL. tak laju pun kereta hisyam, tapi kami dah sampai ke KL dalam masa kurang dari 3 jam. Alhamdulillah~

dapat jugak aku berbuka puasa bersama ahli keluarga ku. dapat bersahur bersama-sama. seronok. lain rasanya bila kita berbuka dengan kawan-kawan. tak tipu. walaupun bukannya makan yang mewah-mewah, tapi rasa best sangat! :)

persiapan raya? alhamdulillah ~ seadanya.. dapat jugak baju kurung sepasang. baju kurung Pahang. suka sangat. nak cari shawl kaler pink, tapi tak jumpa. last-last aku beli anak tudung shawl kaler pink. pon cantik jugakkan? adik-adik aku dapat baju juga. tak lupa adik aku yang bongsu, Sarah. dapat dua pasang baju raya. cantik-cantik semuanya. dapat t-shirt and seluar jeans lagi, dua pasang semuanya. rezeki dik oi~ raya ni memang sesuai untuk budak-budak enjoy. bagi aku, raya ini ialah masa untuk aku berkumpul dengan family. masa ni lah rumah aku complete cukup ahli keluarga. kalau hari lain,. mana dapat. yang aku di Perak, Angah di Pandan Indah, Yode kat Nilai before ni, sekarang keje sebelum start semester. mana dapat full house bila hari biasa. makanya, masa-masa ni la, aku dapat spend time dengan famili.

oh ya, lupa! sebenarnya raya kelapan dah start final exam. aduhai...! rasa macam beban pulak. so ini la antara sebab kenapa aku tak berapa enjoy raya kali ni. rasa macam nak nangis pun ada. aku tahu, aku duduk rumah, aku memang tak akan study. sebab apa? sebab aku nak sangat-sangat rehat dan spend time dengan famili. fon pun aku tak pegang. percaya tak?
meh tengok jadual exam aku untuk minggu pertama..

jadual exam sem May 2011
jeng jeng, hebat kan? apa yang korang semua perasan??? nampak tak perkara yang aku nak sangat ketengahkan ni??

PAPER AKU 4 HARI BERDERET OK! 
KAU ADA?
LOL!!

tapi, aku tetap dengan selambanya beraya tanpa rasa bersalah. walaupun rasa tak enjoy macam raya before ni, tapi aku tetap beraya. :)
raya pertama aku tahun ini di Kampung Bumbun, Segamat. rumah nenek sebelah mak aku. adik beradik mak ramai, pagi raya lepas solat, ramai la yang datang. seronok :) dapat tengok cousin-cousin yang dah lama tak jumpa. semua dah besar dah. oh oh ya, cousin sulung dalam famili kami, Kak Ijah bersalin anak ke-9 nya. comel baby dia...! baru umur 23 hari masa raya pertama. nama dia Syazwin Damia. comel sangat. geram aku! 

lepas tu kami berangkat ke Pontian, Johor. rumah datuk sebelah ayah aku. dia tinggal di Ayer Baloi. rindu aki. lama tak tengok aki. petang tu, abah and aki cabut ubi kayu kat belakang rumah aki. malam tu, makan ubi kayu cicah serunding and gula. sedap~ hahaha :D

esoknya kami bertolak ke Kangkar. rumah tok uda. muka tok uda ni handsome. *bagi aku*. mesti masa muda-muda dulu dia HOT! :D nek uda pun cantik, kecik aje badan dia. eh eh, terlupa, sebelum ke rumah Tok Uda, kami singgah beraya ke rumah Aini Hamid. laaa.. dekat saje rumah Aki dengan Aini. suka tengok adik-adik dia. :)

kemudian, kami ke Serkam Pantai, Melaka. beraya ke tumah Tok Teh. rindu nak tengok Tok Teh dan Nek Uteh ni. Cik Ausi, anak dorang, sebaya dengan aku. lama tak dengar khabar dorang. aku terfikir, apa guna FB? aduhai.. FB ada kan? so boleh lah aku tahu keadaan dorang/ contact dorang through FB. nak jumpa selalu tak boleh kan? masa ni lah aku rasa FB ni berguna. 

tahun ni aku tak ambil gambar raya sangat. kalau ada pun, aku tak upload. aku letakkan gambar yang aku rasa lain dari lain sepanjang raya kali ni :)

selipar sarah

sape punya nihh?

yode

angah

mak :)

angah lagi :)

kaktus kat rumah aki

angsa ni kuat menyudu orang! ggrrrr

yang ni pun sama~



aki saya :)

tempat istirehat kat luar rumah




sape ni?

masih tak dapat terima adik lagi tinggi dari aku!

sarah dah firdauz

ayah darwish send gambar darwish di pagi raya


kemudian kami berangkat balik ke rumah. Alhamdulillah :)
raya yang sederhana. tapi aku sungguh menghargainya. sangat menghargai. kerana dapat bertandang ke rumah keluarga kami. aku dapat juga berjumpa dengan saudara-mara. almaklumlah, aku belajar kat Perak, kalau ada kenduri apa-apa, mana ada aku ikut. tinggal la kat Perak ni! hahaha :D

kemudian, aku mula study. dapat jugaklah masuk sedikit dalam otak aku ni. 

sebelum raya, kawan-kawan aku di Hulu Langat ada buat event rombongan Cik Kiah beraya ke rumah. aku nak join. tapi mak aku larang. mak aku kata, duduk la rumah. rehat-rehat. nak final exam. aku tersenyum. mula-mula marah jugak, tapi dari fokus kat masalah, lebih baik cari solution. so aku ajak la dorang datang beraya ke rumah aku. senang kan? 

adlin, x kenal, syafiq, ridhuan, barhah, hidayah, aida, anisah dan syamimi

awek-awek cun rombongan cik kiah! zalikha, hidayah, anisah, syamimi, aida dan mira


syafiq dan paie. oh oh paie sudah mengembang!

okay, esoknya aku kembali ke UTP. belajar untuk final exam yang menggerunkan! hahaha :D
akhirnya, 4 hari exam yang berderet-deret sudahpun berlalu~ 

bagilah aku rehat sehari ye :)

selamat hari raya buat semua pembaca blog aku. maaf zahir batin. ampunkan dosa-dosaku kalau ada membuat kalian semua terasa hati semua. sayang korang :)



lots of love,

No comments:

Post a Comment