Saturday, August 13, 2011

perkara sunat di bulan Ramadhan






Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :)
puasa tak? haaa.. apa tu? kat gigi tu? kantoi! hahaha :D

arini aku nak share apa yang aku google td. menarik topik ni. sebab dalam setahun, bulan Ramadhan ni sekali aje datangnya. bulan mulia! :)


AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

UMAT Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang Ramadan untuk mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan Allah. Amalan sunat atau disebutkan juga sebagai an-nadbu itu walaupun tidak sampai ke tahap wajib, namun kelebihan mengerjakannya amat besar.
  • Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
  •   Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
    • Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
    • selalunya kita akan cakap, terbabas la, sahur awal la. sume tu boleh aje dibuang. oh, dulu ustazah aku kata, tak de istilah sahur awal-awal ni.. haha
  • Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
    • Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)  
    • haaa, yang ni sume orang buat kan? masa ni lah kita begitu teliti waktu berbuka. bila masuk waktu. ON TIME AJE~ hikhik 
  •  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka
    • Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
    • doa waktu mcm ni, sangat la mustajab :) doa mesti selari dengan ikhtiar n usaha yaa..
  • Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
    • Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
    • haaa, part ni aku sangat suka. time bulan ramadhan ni, u all sume boleh kurangkan bercakap benda tak elok tu. kalau geram sangat, diam aje. boleh tak? sebulan aje! pastu smbung la cakap balek. eh eh eh, LEPAS SEBULAN, MESTI KORANG SUME DA TAKKAN SEBUT BENDA TAK ELOK TU LAGI :) 
  • Bersiwak atau menggosok gigi.
    • Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
  • Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
    • Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
    • time-time mcm ni, kalau asyik tido aje, mai mai bukak al-Quran. tak rugi. setiap ayat yang korang baca lebih bermakna. lepas dr bulan Ramadhan ni, baca la lagi tau.
  • Memberi makan untuk berbuka puasa.
    • Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
  • Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
    • Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
  • Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
    • Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
  • Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.      
    • Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)  
semoga bulan Ramadhan ni akan menjadi yang terbaik untuk kita. :)

p/s : kalau lah pahala ramadhan ni depan mata, dalam bentuk duit ke, mesti semua orang berpusu-pusu nak dapatkan. silap-silap haribulan, bergaduh untuk dapatkannya.~ kan?


2 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers