Friday, August 5, 2011

ETP ku :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
arini ramai betul budak UTP yg balik rumah. wah, best kan? dapat berbuka dengan family. aku nak balik, tp aku fikir, sabar sikit je lagi, nanti nak balik raya dah :) *pujuk hati*

ETP? apa tu? it stands for Engineering Team Project. setiap student 3rd year 1st sem mesti kena buat projek  ni. setiap kumpulan ada 6 org. 6 orang ni student yg berbeza course dan setiap kumpulan mestilah mnghasilkn projek. projek yg scale kecik la. buat prototaip. menarik kan?

ETP GROUP 41
yeah, ni group aku. haha group aku special sikit. sbb apa? sebab kami ada 5 orang aje. org yang keenam, drop subjek ETP ni. lepas tu dapat pengganti, pun dia drop subjek ni. tak pelah. kami redha aje.
yang aku tak expect, aku sorang aje perempuan.

group aku ada 4 orang jejaka tampan nih
  1. koja a.k.a faris al hanis 
  2. najmuddin atau nama femes ayob
  3. awang 
  4. adam
supervisor kami : Mr. Faisal Taha from Applied Science Dept.

haa, dorg ni semua ada perangai tersendiri. hehehe mula2 aku dapat tahu group aku, sumpah aku terbeliak! mana taknya, aku mana la kenal dorg ni. koja tu kenal la sikit2, tp kenal mcm tu je la. ayob dan adam ialah makhluk yang aku tak kenal langsung! haha :D

lepas first meeting, rasa kekok tu ada, cuma kurang la sikit. lama-lama okay la kan?
sebenarnya aku jeles dengan group lain yang ada 6 orang. haha kenapa? aku pun tak tahu la. redha je nihh~

apa projek kami? namanya Tandas Ajaib! hihihi suka betul aku dengan nama nih. aku rasa sangat impress dengan otak2 group aku. *bukan makanan otak-otak ok?* dorg sume genius! haha hebat sgt2 bg aku. yang paling suka bila ada masalah, dorg cube memikirkan solution dengan bestnya! :) kami nye projek simple aje.





ni antara gambar projek kami.

okay, 3 ogos 2011 pun datang. haha hari utk pre-SEDeX. present projek kami. hee :) alhamdulillah~
selesai presentation, rsa lega sangat2. tak perlu lagi dorang semua bersusah-payah pergi lab siapkan prototaip. tak perlu lagi dorang semua datang meeting. :)

lega da present

dorang sume sangat tinggi :(


rasa mcm dikelilingi skyscrappers!

hello Tandas Ajaib!
me and peiwen!

terima kasih semua :)

alhamdulillah :)
terima kasih Mr. Faisal Taha ~

terima kasih koja
terima kasih ayob
terima kasih awang
terima kasih adam

korang mmg ohsem giler! dan projek ni takkan terjadi kalau korang takde. siyes, aku bangga dengan korang berempat!

ok, jom2 pikir final report pulak! :P

p/s : walaupun tak masuk SEDEX, tapi pencapaian kami sudah cukup membuatkan aku tersenyum. :)
p/s : pergi berpeluh-peluh, balik basah kuyup!


lots of memories,

No comments:

Post a Comment