Monday, February 21, 2011

sumpahan Dr. Azizan Osman



assalamualaikum :)





kenal kah anda lelaki ini?
dan aksinya?
kenal x?
x kenal lagi? xpe2, biar aku kenal kan, dan share perkara yg best utk dikongsikan bersama :)

lelaki itu namanya Dr. Azizan Osman. dia seorang berbadan gempal, sweet je muka.
lahir pada 14 november 1974, dan berasal dari kota bharu kelantan.
dan apa yg aku baca dari internet, dia seorg pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Sarjana Pemasaran University of Florida, dan Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik, Gordon University, Florida.

masa aku tunggu result SPM, aku pernah tgk insan ni dalam Malaysia Hari Ini, TV3. dia promote kan program ni, dan aksi dia tu buat aku sengih sorg2. sebab jarang org buat aksi mcm tu, kan kan kan?

tp.. yelah, masa tu baru dpt tgk dunia luar. duduk asrama penuh, buat aku hidup mcm pressure cooker, hahaha.. gurau2.. :D bila da habis sekolah, baru la dpt tgk kebenaran utk buat benda yg selama ni masa sekolah tak dapat.

masa aku usha dia kat MHI, mmg rsa best sgt2. dan.. x sangka 3 tahun lepas aku tgk MHI, baru aku dpt pergi tgk dia dari dekat. waaaa... excited gila babe!


masa : 13 feb 2011
hari : ahad
tempat : tower regency hotel, ipoh.

SEMINAR KENALI POTENSI DIRI 2011
DIMENSI BARU

aku nak share dgn korg sume, tp semestinya apa yg aku share x sama dengan apa yg aku rsa dalam dewan seminar tu. kan kan kan?

xpe, aku tetap nak share.

mula2 kami start, memang best. rsa aura positif sgt2! waah! hebat!

ayat dia mula2 sekali, "KALAU NAK BERJAYA, JANGAN BANYAK SOAL!"
betul la kan? jangan tnya, buat aje.

"TAK GUNA BELAJAR, KALAU TAK BERTINDAK"

Dr. Azizan akan buat kita sedar, dan fikir, apa yg kita dah lalui, sedang lalui, dan apa yg kita akan lalui. dia ajar kita bersyukur dengan apa yg kita ada.

apa lagi yg aku blaja?
aku blaja bahawa LEBIH BANYAK KITA BERSYUKUR DENGAN APA YG KITA ADA, LEBIH BANYAK KITA AKAN DAPAT DAN LEBIH BANYAK PERKARA BAIK AKAN DATANG KEPADA KITA.

dan
kalau kita nak berjaya, belajar dr org berjaya.
tiru dia. apa dia buat, apa dia makan, apa dia belajar, cara dia belajar.

kalau nak pandai, belajar dari org yg pandai
tiru dia, apa dia buat, apa dia belajar, cara dia jadi pandai.

kalau nak kaya, berlajar dari orang kaya
tiru dia, apa dia buat, sistem apa, apa dia belajar, cara dia kaya.

kalau nak cantik, belajar dari orang cantik
tiru dia, apa dia buat, apa dia makan utk cntik, apa dia belajar utk cantik, cara dia cantik

so, simple aje.

setiap perkara, mesti ada GURU.
penting kan GURU ni? haa..
follow je GURU ni.

tapi, AWAS! ni utk benda POSITIF ye.
P-O-S-I-T-I-F.
bukan utk benda tak baik.

tahu x, orang yg berjaya, kuasa visualisation mereka itu kuat?
visualisation tu apa?
visualisation tu, maksudnya gambaran.
manusia senang tertarik dengan gambar.

betul kan? tak percaya?
okay, antara buku sejarah yg hanya ada tulisan sahaja, atau buku sejarah yg dikomikkan, mana satu pilihan anda?

jangan tipu diri sdiri, komfem korg akan pilih yg dikomikkan, supaya rsa best baca!

so, visualisation itu penting untuk dapat kan something! :D
contoh : kita nak itik. pkey kan kita pegang itik tu, bayangkan bentuk itik, warnanya, bunyinya, appearance itik, sume la fsal itik. bayangkn selalu. insyaallah kita akan dpt.

peluang baik utk manusia yg suka berdoa dengan khusyuk selepas solat. kenapa???
lepas solat dengan khusyuk, ion positif bnyak dengan kita. sgt2 bnyak. sbb tu la waktu itu waktu mustajab berdoa! doa la bnyak2.

tetapi....!!!!
DOA ANDA MESTILAH JELAS!
apa maksud sy jelas?
hehehe,..

scroll down a bit~





berdoalah dengan bersungguh-sungguh...
sekadar gambar hiasan :)



jelas maksud sy, SPECIFIC.
kita minta pada Allah Taala atau Tuhan mengikut agama masing2, dengan penuh khusyuk,
dan perlu SPECIFIC.

contoh situasi :
ada seorang insan berdoa "ya Tuhan, murahkan rezeki aku."
dan Tuhan makbulkan doanya, tapi bila? 20 tahun akan dtg.
Tuhan makbulkan, tp lambat. tetapi, masih makbulkan.
betul x?
sbb tu kadang2, ada org yg putus asa berdoa, sbb dia rsa da banyak kali berdoa, masih lagi tak dimakbulkan.

jadi, apa solutionnya?
doa la dengan specific. apa yg kita mahu, bila kita mahu, bagaimana kita mahu,..
insyaallah, Allah Taala akan makbulkan.
dan, doa kita mestilah sepadan dengan usaha kita :)


sebenarnya...
kita tahu kan benda tu? tahu.. cuma kita alpa. ya, ALPA.
jadi,ingat la selalu.. :)

apa yg aku share ni, x sebanyak apa yg aku dpt masa seminar tu.
sbb aku x pndai nak olah ayat2 dan takut tersalah.
dan aku syorkan, korang pergilah SEMINAR KENALI POTENSI DIRI 2011 ni.

kalau kita boleh spend utk barang2 berharga, tak salah pun kalau kita spend utk sedikit ilmu utk sepanjang hayat ini. :)


insyaallah, korg suma akan rsa apa yg aku rsa, mungkin LEBIH LAGI! :)

p/s : terima kasih Dr. Azizan, Abdul Wafiy dan Muadz Radzi :)

p/s : berdoalah, Allah Taala suka mendengar rintihan hambaNya..

p/s : teringat zaman skolah yg bnyak seminar ~ heee

p/s : pernah aku terdengar pepatah, dengar apa yg disampaikan, bukan siapa yg menyampaikan. :)

p/s : insan yang mulia bukan terletak kepada kekayaannya tetapi insan yg memberi manfaat kepada orang lain ~






5 comments:

  1. Nice blog...

    Udah follow..

    http://gigitancinta.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Emm..dr.azizan hanya lahir di kelantan tpi hakikatnya salasilah nya bukan berasal dari kelantan..

    ReplyDelete

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers