Thursday, January 27, 2011

adab-adab belajar

assalamualaikum :)

arini, terdetik dalam hati sy, nak share sumting. tadi, sewaktu lecture HSE, Dr. Nurlidia ckp, kita tahu banyak benda, well-educated, but we didn't apply it in our daily life.

masa zaman sekolah dulu, ustazah2 dan cikgu2 aku sering nasihat kan aku, tentang adab belajar. kita mesti menjaga hati guru. tp sepanjang zaman sekolah aku, kelas aku kalau tak wat dengan cikgu memang tak sah.. ada je masalah dengan cikgu la, dengan pihak sekolah laa.. macam2 hal.

kadang2, masalah timbul sbb sifat kami yang suka memberontak, aku admit yg tu, hehehe :D
pernah sekali, masa aku form 3, pihak sekolah buat kem kat skolah 3 hari 2 malam. but, all of my classmate x pegi. sbb kami duk asrama harian, minggu tu ramai nak pulang bermalam. maka, tiada la participant dari kelas kami. aduh, the next week, perkara ni jadi headlines sekolah. ayoyoyo..
salah siapa? okay, jangan jawab taw~ hee

kat sini, aku nak share adab2 belajar mengikut Imam Al-Ghazali :)

1
mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan.

yang ni, kami selalu apply masa kat Seseri dulu, kalau tak silap. lepas salam cikgu, rasa mcm puas hati. mcm sedap je. tapi...salam ni, ikut jantina la yeee.. kalau cikgu lelaki, salam murid lelaki. kalau cikgu perempuan, salam anak murid perempuan je. kalau tak.. lu pikir la sendiri! hehehehe :D

2
jangan banyak bercakap di hadapan guru. yang ni, sememangnya benar. aku penah ajar budak kecik, dan mereka bercakap kat belakang. memang sakit hati je. baru la aku faham, kenapa kita kena dengar apa yang cikgu ckp, betul-betul.

masa cikgu mengajar, kita kena la dengar kan? baru la faham. kalau cikgu cakap kat depan, anak murid borak kat belakang, sape dengar sape? hehehe :D

last year, jun 2010, aku jadei wakil emak aku, g amik repot kad adik2 aku. hehehe, mmg kelakar. time aku sekolah dulu, x penah pun cikgu komplen, aku atau angah atau yode ni banyak cakap dalam kelas, x siap homework..but, bila aku pegi utk adik lelaki aku, walaweeyyyy....mcm2 kena dgn cikgu. aduh.. adik aku ni, memecah tradisi betul! hahaha :D budak lelaki kan lambat matang. time sekolah mmg nakal. aku tahu tu..
cikgu kata, adik aku x siap homework, selalu bercakap dalam kelas, dan.....tido! aiyooo.. dik! kakak kau tak penah lagi tido dalam kelas masa sekolah rendah taw!
seb bek adik aku yang last ni baik. cikgu dok puji melambung-lambung. hahaha..homework on time. dlm kelas baik je. hihihi.. mcm2 la adik aku ni...

3
jangan bercakap jika tidak ditanya
yang ni aku kurang faham sikit.. hm... sumbody, pls help me to elaborate about this..

4
jangan bertanya melainkan jikalau diarahkan oleh guru
okay, yang ni aku fhm. dalam kelas, sblm cikgu stat ajar, cikgu mesti cakap, sape x fhm, angkat tangan and tanya. so, jgn main redah je tnya. kang bnyak bnda dalam otak cikgu boleh hilang dalam sekelip mata kalau kita tnya melulu. hehehehe.. betul kan?
betul, setiap manusia mesti ada penyakit STM.. apa itu STM? short term memory.
kadang2 cikgu boleh lupa, sbb ada student interrupt mengejut.. betul kan?

5
jangan menyangkal kata-kata guru
benar, kita x boleh menyangkal kata2 guru sewenang-wenangnya. ini boleh menyebabkn guru rasa malu apabila 'dibetulkan' di hadapan murid yang lain.
aku penah tgk, kawan aku, buat mcm tu. aku dpt tgk muka cikgu aku berubah. masa tu rsa sangat2 sedih, sbb kasihan tgk cikgu aku menanggung malu di hadapan kami sekelas~

jika benar kita mahu membetulkan sumting, angkat la tangan, dan katakan dengan baik. zaman skrg, guru2 sudah boleh menerima kata2 student. mereka suka kalau student share sumting mengenai pelajaran yg dorg belajar masa tu. so, two way communication terbentuk. x susah kan?
:)

6
jangan mengumpat pelajar lain.
haaa.. yang ni, hehehe, aku admit, sume org mesti ada terbuat.
betul kan? kadang2 kita akan cakap, "eeee...baju dy x menarik laaa"
x pun, "dy tu bajet diva je kan?"
normal la bg aku. tp, sbenarnya bnda ni x elok. so, nasihat utk diri sdiri, mari kurangkan..insyaallah lama2 nnti ilang la habit ni :)

7
jangan berbisik di hadapan guru
okay, cuba bayangkan, anda sedang mengajar di hadapan 30 orang murid, and suddenly, ada couple of student, berbisik sambil pndang anda dan ketawa perlahan2.. apakah yang anda rsa? mesti rasa semacam kan? hm.. bayangkan...bayangkan cpt~ hee

8
jangan berpaling kiri dan kanan
apabila kita berpaling, kompem concentration kurang. kita berpaling sbb kita nak buat benda lain, mcm berbual dengan kawan atau ambil brg yang jatuh kat lantai....
bila fokus ilang, kita akan kurang fhm, bila kurang fhm kita akan confuse, last2, kita akan blur spanjang kelas.

aku ada seorg teman, dia baik dan pandai. satu hari, aku duk sbelah dia, sbb kawan kami x hadir. then, aku terlanggar pensel dia and jatuh, aku pun kelam kelibut nak cari pensel dia. tp dia tegah. dia kata, "xpe, biar je. nnti dah habis cikgu cakap, amik la. nnti hilang fokus."
masa tu aku diam je. rasa bersalah sbb jatuhkan pensel dia. tp dia baik betul. siap nasihat lagi.
ada benar jugak ckp dia, kan?

9
jangan menyoal sewaktu guru kepenatan
sememangnya kita tahu, tugas sbg seorang guru ialah mengajar. tp guru itu seorang manusia. bukan lah robot yang diprogramkan utk mengajar kita. mereka ada perasaan, ada emosi dan mereka ada kelebihan dan juga kekurangan.

kalau anda penat, seharian buat kerja, semestinya anda tak suka melayan perkara remeh-temeh kan? mcm tu juga guru, mereka penat kerana seharian mengajar. kadang-kala kita perlu alert dgn condition guru kita. kalau dia kelihatan kepenatan, biarkan dulu.

tapi, jangan risau, ada juga guru yang tak kisah untuk menjawab soalan2 student walaupun penat dan letih, bg mereka, apabila student bertanya maknanya student interested terhadap sumting. :)

10
berdiri apabila guru bangun
masa sekolah mmg dididik begini, kan? cikgu masuk, kita akan ucap selamat. cikgu keluar, kita akan ucap selamat juga. tapi, kalau kat universiti, mcm mna ya? pkey la sendiri :)


ni aje yg dpt aku share setakat ni. walaupun sedikit, harap dapat la bg ilmu kepada anda semua. kita kena menjadi lebih baik. insyaallah :)
ingat, niat yg baik pun dapat pahala, insyaallah~

p/s : 'otot' sy kena bertambah kuat lagi!


:: nama saya nini ::



No comments:

Post a Comment

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers